Saturday, April 11, 2009

Gambar Candid Angsaku yang bernama Qistina aka Ina

Hehe2x. Nama angsaku ni sekejap qistina sekejap Ina. Gara2x SpaQ punya citer la nie. Aku x da bela kucing, jadi angsa ni kiranya dah jadi macam puppy aku la. Ada kucing pun, cuma kucing Pak Usop dan cik Jat yang selalu melepak kat umah aku.Si Ina ni suka memekak bila dia lapar. tambahan pula skang ni dah solo selepas kematian madunya dan si jantannya cabut lari. Sian si Ina aku. Tapi, rasanya dia ni jenis independent sebab dulu masa sama madu dia, sekejap jer jalan sama2x. Lepas pulih dari amnesia, dah tak ingat kat madunya. Ina ni asyik buat hal dia. Tu pasal madunya, main2x kat tepi jalan sampai kena langgar.



Masa aku n mak kat makkah, mak busu aku jaga dia. mak busu kata dia x kuar dari shelter dia.asyik duduk kat dalam situ sampai sepupu aku bagi dia makan berdekatann ngannya. benda yang aku cari bila sampai ajer kat umah lepas balik dari mekah ialah Ina.nasib baiklah dia kenal lagi kat tuannya ni. tak sampai 10 minit pastu, si Ina ni mulalah buat siren.tergelak semua sedara mara aku dengar dia buat bising pasal dah lama tak memekak sejak kitaorang takda.

Saje jer aku snap gambar dia masa hari ujan hari tu

No comments:

Post a Comment