Saturday, April 18, 2009

Bila Khairul DiKejar Mamarazi



Hari Jumaat yang baru lepas ni, aku berasa sakit kepala.waktu rehat , aku cuba lelapkan mata jap. maklumlah, tengah berposa (mana leh jadikan alasan kan???) ditambah lagi kesan tak cokop tidoq. aku jadi macam blur semacam. Naik rehat aku ada masok 2 kelas untok ajar BM n PSeni. Kelas mula2x, aku ajar BM. Murid2x aku ni nak peksa PMR tahun nie. Ada 6 orang semuanya.

Masalahnya, Si Khairul ni mula2x tak mo buat kerja. Mula2x tu, aku tegor soh buat kija . Tapi, dia masih main2x agi. Pastu, timbul idea aku pulak. Si Khairul ni takut kalo orang amik gambar dia. Jadi, apalagi; bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pemburu kehidupan orang ternama. hehe2x. banyak gak aku amik gambar dia, sampai dia sembunyi dok kat bawah meja. sekejap jer. pastu, aku cakap kat dia, nak kena amek gambar lagi tak? dia x mou. then sambung buat kija. Sambil2x tu, aku amik gak gambar pelajar yang lain gak.Tapi, dah tak mo buat lagi sebab nak ajaq mereka betoi2x


Nota kaki; Technique ni, aku belajar masa g dengar kursus kat PKG Telok Kerang. Guru PKhas senior citer pengalaman anak muridnya yang hiperaktif. Jadi, untuk kurangkan keagresifan dia, maka budak tu diletakkan ditempat gelap sebab dia takut kat tempat golap. Lama2x boleh control sikit keagresifan.

Ada satu lagi teknik; timed out. Yang ni, pernah buat kat Edmund (tapi bukan akulah, aku cuma perhatikan disamping belajar) Kita tak layan mereka buat beberapa ketika. Aku pernah buat sekali kat Akang kerana tak nak buat kija.

Selain itu, kita tak boleh kedekut ngan diaorang ni. Tak salah kalo kita memberi mereka ganjaran atas kejayaan mereka. tak yah gi yang mahal2x pun. bagi buah epal pun dah cukup. Tapi jangan kasi gula2x kat budak hyperaktif, konpem bertambah hyperaktif beb.Yang part nie, aku selalu buat masa jadi gstt

No comments:

Post a Comment