Friday, September 25, 2009

********(((((('''''''''''''''')))))*******


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN

5 hari raya

5 hari raya? hari yang takkan aku lupe sampai mati, sampai ke tua. hari abah meninggalkan aku dan mak buat selama-lamanya pada 18 november 2004. 5 hari sebelum aku balik ke universiti. tarikh tersebuat buat aku dan mak terkapai2x seketika. bayangkanlah bila mana, hanya aku dan mak sahaja yang ada masa ayah aku menghembuskan nafas terakhirnya. fragmen2x tersebut tak pernah luput dari memori aku. sentiasa terulang tayang di kepala ni. bayangkanlah, kami dua beranak merawat kesedihan dengan cara masing2x. aku berada di universiti dan sentiasa berulang alik setiap minggu manakala mak pula kadang2x dok sorang2x kat umah. nasib baik ada sepupu2x aku yang menemani mak. raya tahun depannya, aku dan mak tak masak pun lauk raya. aku tidor pukul 8 malam. mak aku tidor pukul 8.30 malam.

Apapun, tarikh 18 november tu memang akan jadi kenangan yang abadi dan itulah juga bukti kekuasaan Allah S.W.T bila aku dan mak berangkat ke tanah suci pada tarikh tersebut. seolah2x kami bertiga berangkat ke sana. malah detik 3.15 petang tu pun sama lebih kurang abah menghembuskan nafas terakhirnya.

Saturday, September 12, 2009

HAri -hari mendebarkan

Takut + gelisah + tergopoh gapah + cuak + apa2 yang sewaktunya. En Ashari kata result interview KPLI kdc akan kuar minggu depan paling cepat ataupun paling lambat selepas raya. Aku berharap2x sangat2xxxxxxx agar dapat berjaya dalam temuduga tu untuk melayakkan aku ke program KPLI.aku tak kisah samaada dicampak ke pulau mana2x di seluruh Malaysia asalkan ada penghuni. tapi, KPLI ini punya unik, dia hanya akan tempatkan kita yang berjaya di daerah sendiri. Aku tak punya cable yang boleh mengkonformkan aku pasti dapat KPLI ni. Aku cuma ada satu cable yang aku benar2x percaya. Iaitu Allah sahaja. Hanya pada Dia sahaja tempat aku berharap dan berdoa. Mudah-mudahan keberkatan bulan Ramadan ini akan memberi aku sinar hidup yang bermakna.