Saturday, November 28, 2009

Kesengalanku terserlah

Aduhai nasib. sudah seminggu di IPTi.sudah 3 subjek aku belajar. Rupa-rupanya, terlalu -lalu-lalu sedikit ilmu yang ku ada. Aku bersyukur kerana dapat mempelajari ilmu2x pendidikan. Cuma, kini aku keponingan nak menyayi. camana yek nak menyanyi lagu KBSR???? sebabnya, aku ni zero muzik.tak pernah hafal lagu. harap2x boleh. takutnya besok kena menyanyi depan lecturer ngan kawan2x. mudah-mudahan guruh tidak berdentum

ANGKAT TANGAN
ANGKATLAH TANGAN KANAN,
ANGKATLAH TANGAN KIRI,
GOYANGKAN TANGAN KANAN,
GOYANGKAN TANGAN KIRI,
TUNJUKKAN KAKI KANAN,
TUNJUKKAN KAKI KIRI,
HENTAKKAN KAKI KANAN,
HENTAKKAN KAKI KIRI.

Sunday, November 22, 2009

Bolehkah??

Nervoussssssssssssssssssssssss.
Besok, aku dah start daftar kuliah
Maka bermulah kehidupan baru aku sebagai seorang murid dan bakal guru yang sedang mempelajari asas menjadi seorang guru

Tuesday, November 17, 2009

APA patut aku buat

penat... penat.... terlupa....sengaja terlupa..... betul2x terlupa
aku dalam dilema bila ada seorang hamba Allah minta pertolongan
Tak ditolong, kesian pulak sebab ................
Ditolong, kadangkala suka ambil kesempatan
Tapi, aku bukan manusia kedekut
Tapi, aku kadangkala kemedit ajer
Cammana yer nak tulun sebab aku pun ketandusan ............
Lambatnyer nak menanti hujung ..............


gadsaigfiugfdskheohsdnsdkhgohgfljsrjihferoisjefoihsfeuoirhoisgrh

..........entah.............

Aku tak pandai dalam berkata - kata dan tidak pandai berkongsi
Sebabnya aku lebih suka memendam apa yang aku nampak, dengar dan lihat
Aku lebih suka memilih tidur dari memikir masalah
Aku lebih suka belajar
Aku suka mengira berbanding menghafal
Aku jarang dapat gred yang baik untuk biologi berbanding matematik
tapi, aku selalu dapat markah nyawa-nyawa ikan untuk fizik
Orang kata kalo terror fizik terror add math
tapi aku? hampas gas
Aku suka add math sebab abah aku hadiahkan buku teks add math dan cabar aku untuk subjek tersebut
Cikgu Jalil pun bawa imppak besar dalam matapelajaran nie
Dan aku suka berlumba-lumba ngan kawan aku, farah
Farah, kawan baik aku. TAPI, kami tak boleh duduk berdekatan. lebih sesuai bila berjauhan,panassssssssssssss..........
Aku tak suka melukis. Dari kecik sampai tua nie. tak pandai melukis dan mewarna. Lebih tepat buta seni
Tapi, aku terpaksa ambil LK kat U.
Bila waktu belajar aku rasa tension
Aku tak minat subjek strength material. Sebelum lecturer masuk, rancak berbual. Bila lecturer aku, Dr N bukak ajer pintu bilik kuliah, mata aku terus rasa mengantukk
Aku minat subjek separation . hari - hari aku semangat nak belajarr
Dan aku kongsi minat yang sama dengan abah aku, Organic chemistry subject
Aku juga buta nyanyi. tak minatt
Aku mudah stress
Hari - hari aku menangis bila balik dari lab untuk siapkan tesis
Aku akan beli makanan banyak-banyak
Aku suka buat kerja last minit sampai tak tidur pagi.....sampai hidung aku berdarah dan berasap semata-mata nak design heat exchanger untuk design projek
Aku suka duduk sorang-sorang masa belajar.Aku suka kunci pintu bilik bila belajar.
Dulu, aku suka lihat dan teropong bintang
Tapi, kini aku tiada teman untuk teropong bintang, tunggu gerhana bulan, kejutkan aku pukul 2 pagi untuk lihat komik Hyutake, teropong bintang yang keliling planet apetah (aku lupa), tukang citer isu-isu semasa

Wednesday, November 11, 2009

Syukur

Thanks to Allah for everything
I never realise that i will choose this path
But, i'm not regret for this choice


Aku rindu sama abah aku. semua impian orang aku dah tunaikan.impian aku sendiri? akan aku tunaikan juga tak kira walaupun aku dah berbongkok tiga sekalipun. aku nak berkhidmat kat perkampungan orang asli.