Friday, August 21, 2009

Syukur Alhamdulillah

Syukur kepada Allah S.W.T.Malam ni, aku berjaya menunaikan solat terawih.Mudah-mudahan, dapat aku menunaikannya sehingga ke penghujung , kecuali uzur.

Harap -harap, malam ni dapatlah aku bertahajud.sudah terlalu lama aku meninggal tahajud.dolu, semasa di matrik setiap hari buat.kat universiti, selalu jugak.bila tamat belajar, kadang - kadang. Betapa alpanya aku nie.

Andainya

Malam ni, terawih akan bermula.Bermakna, bermulalah episod bulan Ramadan. Bulan yang amat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam.
Tak tahulah, tapi sejak kembali dari Mekah, aku sentiasa memasang niat untuk pergi ke mekah semula.Aku berharap sangat-sangat dapat menunaikan umrah pada bulan puasa dan menyambut aidilfitri di sana. Itu adalah impian aku sejak dua menjak ni.Cuma, yang pasti, walaupun mekah beribu - ribu kilometer jauh dari aku, aku masih lagi boleh melihatnya. aku dapat pergi ke mekah setiap hari.Tengoh blog En Azlie.Aktiviti yang tidak pernah aku tinggal setiap hari.

mak, malam ni kita gi sama2x terawih yer. anya dah tak sabar nie..cuma, sedih bila mengenangkan arwah abah yang hampir 5 tahun meninggalkan aku dan emah selama-selamanya. Pergi yang takkan kembali.Mudah-mudahan roh arwah abah dicucuri rahmat Allah S.W.t

Thursday, August 20, 2009

Inilah Barisan Kita

Mula2x naik pentas

Anak2x Malaysia ini sedang menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita





Peace!!!!!!!!!!!!!!!!!. Ni idea Cikgu Liya dia orang yang separuh masak. hahaha


Anak murid aku bersama cikgu Nik dan Cikgu Wani selepas selesai pertandingan nyanyian.




Poster yang dilukis oleh anak murid aku, Supriyadi. Diwarnakan dengan cantik banget oleh Cikgu Nik dan Cikgu Wani. Cikgu Liya? Adalah sikit, tak banyak.hehe.

Apit dan Ipol + saiful

Sekarang ni, aku jadi gstt pendidikan khas di SK. Andek Mori. Ini merupakan cabaran untuk aku. ana taknya, sebelum ni, mengajar di sekolah menengah. Bila masuk sekolah rendah, mula2x rasa terkujat jugak.

Tapi, disini banyak pengalaman dikutip dan kenangan lama kembali menjelma. Mana tidaknya, kat sekolah ini lah, aku menuntut ilmu dari darjah 1 sampai darjah enam. Hari pertama menyanyi lagu sekolah, terasa air mata ni bergenang jer. Cengeng betul aku.

Ni antara murid2x aku yang paling ceria. Ada ajer benda yang dia nak citer.



sebenarnya, aku tak pasti sama ada ni Ipol atau Apit. Aku selalu keliru.Suka kat gigi arnab dia

Ceh2x, bergaya yer Ipol dan Apit. Nakal2x manja yer korang ni.Dari marah, boleh cool down cikgu dibuatnya.

Ni Apit dengan Saiful Safaren. Sama2x kaki bising. Tapi baik hati orangnya.

Selamat Tinggal Dunia Gelapku

Ramadan Al - Mubarak akan menjelma dalam masa kurang dari 2 hari. Aku bertekad akan meninggalkan dunia gelapku yang penuh berdosa.

Aku berharap agar Ramadan kali ini aku akan;

# khatam quran
# tidak miss solat terawih kecuali uzur
# meninggalkan segala sifat dan perangai buruk aku selepas pulang dari haji.
# mudah-mudahan, kali ini aku lulus interview KPLI-KDC setelah tahun lepas
gagal interview. Tapi, aku bersyukur jugak sebab dapat menunaikan rukun
Islam ke - 5. Apapun, hanya Allah yang mengetahui baik buruknya.
# mendapat pekerjaan tetap dalam sektor kerajaan
# mengajar dan menjalankan tanggungjawab aku penuh dedikasi. Sebabnya,
kadang2x, aku culas dalam kerja.

cuma, yang merisaukan aku adalah; adakah aku dapat menikmati hari - hari yang mendatang pada tahun hadapan dengan gembira. Ataupun, aku akan berada dalam kesedihan. Aku cuak sebabnya aku seperti merasa sesuatu yang buruk.harap2x, dijauhkan.

Sunday, August 2, 2009

Bila Emak Demam



Sudah 3 hari mak aku demam. Harap2x tak da sebarang masalah yang serius. Risau banyak aku sebabnya sekarang ni musim H1N1.

Ya Allah, Kau sembuhkanlah sakit ibuku ini,

Kau berilah kesihatan yang terbaik sekali untuknya,

Mudah-mudahan emak aku cepat sembuh. Bila dia sakit, aku sangat2x risau.

Jangan sakiti hati ibu anda yer kawan2x. Pesanan untuk aku jugak