Thursday, December 31, 2009

2010

azam AKU DI TAHUN 2010

azam BESAR
-actually aku ada 3 azam besar yang sentiasa aku bawa dari tahun ke tahun. Allhamdulillah, kini tinngal satu jer lagi. harap2x aku dapat capainya dalam tahun nie.
"ALLAH akan berikan yang terbaik sekali untuk hambanya".
Walaupun kita mengatakan A adalah yang terbaik sekali antara ABC, tapi bagi Allah bukan itu yang terbaik.
SEbaliknya B adalah yang terbaik. Sesungguhnya DIA MAHA BERKUASA dan MENGETAHUI.

AZAM - AZAM AKU
--biarlah rahsia--
yang pasti, aku hendak menjadi anak yang soleha kepada kedua ibu bapaku
dan mempunyai budi pekerti yang baik dan terpuji

Erti 2009

tERlALU BANYAK kenangan pahit dan manis sepanjang tahun 2009 nie.Apapun, aku berharap ianya akan menjadi panduan dan pedoman untuk diri.



2009 juga menandakan aku bakal menamatkan umur aku yang bernombor 25 untuk menjejaki nombor 26.



2009 juga merupakan tahun di mana aku berjaya mendapat KPLI-KDC Pendidikan Khas setelah 2 kali percubaan interview. ALLAH itu maha kaya. Hanya dia yang mengetahui perkara ghaib bukannya manusia. Rupa-rupanya, setelah setahun aku kembali dari makkah, barulah aku berjaya mendapat KDC. Tapi aku tidak menyesal kerana dia telah berikan aku pilihan yang terbaik sekali. Kerana tahun lepas, KDC mula mendaftar pada 17hb November. Sedangkan, aku akan berangkat ke Tanah Suci pada 18 November. Aku pasti, sekiranya berjaya ke KDC, aku akan menjadi buntu untuk memilah yang mana satu. Tapi, DIA telah memudahkan urusanku. Emak, tidak terbalas jasamu untuk aku balas kerana ianya terlalu1000xxx banyak.

2009 juga membuatkan aku menjadi seorang yang sensitif.Aku akan cuba mengkaji kelemahan diri

KHAS BUAT
EMAK ;; ANYA SAYANG MAK SANGAT2x. MAK YANG BANYAK BERDOA UNTUK ANAKNYA.

ANI;; TERIMA KASIH SEBAB SELALU MENDENGAR LUAHAN AKU BILA STRESS. KATA2x NASIHAT KO BANYAK YANG MASUK DALAM AKAL AKU.

RUS;; EX - ROOMATE AKU YANG SENTIASA CERIA. APA2X SALAH AKU ZAMAN DOLU2X MAAFKAN YER. THANKS ATAS LAYANAN BAIK KELUARGA KO SEMASA AKU DI KELANTAN

NOORSTURA;; MEK, AKHIRNYA AKU BERJAYA KETEMU SAMA KAMU SETELAH 2 TAHUN TIDAK BERTEMU

KAK AZMIDAH,KAK ERNI,KAK IMAH DAN PKHAS SMK BATU 34; TERLALU BANYAK SOKONGAN AKAK2X DAN JUGA MURID-MURID.AKU RINDU SUASANA DI SANA.GELAGAT ANAK MURID2X AKU YANG TAK DAPAT AKU LUPAKAN. BAYANGKANLAH, KALI PERTAMA AKU MENGAJAR DI SEKOLAH TERSEBUT ,MACAM2X REAKSI AKU TERIMA.DAN, PALING AKU TIDAK DAPAT LUPAKAN, SEWAKTU MAKAN PETANG DIRUMAH, AKU MAKAN SAMBIL TERSENGGUK-SENGGUK MENAHAN MENGANTUK.RUPA-RUPANYA, MENJADI GURU TIDAK SEMUDAH ABC.


CIKGU NORLIAH; BANYAK JASANYA YANG AKU TAK DAPAT LUPAKAN.APAPUN, DIA SALAH SEORANG YANG AKU RESPECT.


KAK MAS, KAK DILA, KAK WANI, CIKGU NIK DAN ANAK MURID AKU DI SKam. KALIAN SEMUA MERUPAKAN TEAMWORK YANG BAGUS DAN BAIK. ANAK MURID AKU DI KELAS USAHA MENGAJAR AKU ERTI KESABARAN YANG BANYAK.

CIK KECIK DAN PAKCIK JALI DAN CM DAN CE; THANKS FOR HELPING ME. I'LL NEVER FORGET YOUR HELPING. ONLY GOD KNOW YOUR KINDNESS.


AND FINALLY, GOOD BYE 2009

Sunday, December 27, 2009

Hehehe

Aduhai nasib. Laptop dan 2 CPU kat umah aku di masuk virus. abeslah nasib aku.
Tak dapek nak updet cuti2x pantai timur aku.
mak pun tak dapek siapkan kerjanya
huhu haha hihi

Tuesday, December 15, 2009

Kerana dia Abahku

Hari ini.15 dec 09, genaplah arwah abah 53 tahun jika hidup. dan sudah 5 tahun 27 hari tiada di muka bumi ini.
abah terlalu - lalu amat-amat sangat istimewa dalam hidup aku selain emak.
aku dan abah banyak berkongsi minat
abah juga selalu sangat luas infonya
sehingga aku kini menjadi lupa untuk membaca sebab dialah surat khabar ku
aku bisa berbual dengan abah pasal space, ekonomi, sukan dan banyak lagi.
aku,abah dan emak suka duduk di luar kawasan rumah
kami sama-sama meneropong bintang, meneka apa yang ada di bintang
malah, aku dan abah sanggup menunggu berjam-jam lama semata-mata untuk menunggu gerhana bulan

Kerana abah juga, aku sanggup extand satu semester semata-mata untuk mendapatkan second class upper.abah dan emak lah sumber inspirasi aku.

tapi, sayangnya dia tiada lagi disisi aku dan emak.tapi, ingatan aku terhadapnya tidak pernah luput.Aku betul2x respect bila melihat ketabahan dia melawan sakit buah pinggang. Aku benar2x berasa bangga menjadi anak abah dan emakku.

Wednesday, December 9, 2009

......./------...........

I HATE THOSE WORDS

KEMBUNG AND ANAK AYAM
BUT I HATES VERY MUCH THE WORDS OF KEMBONG
IT REALLY HUMILIATE

Jiwa kosong

Ya Allah, kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa jiwa ku seperti kekosongan.aku cuba cARI kekosongan itu. tapi masih tidak jumpa dan samar2x. Aku nak hilangkan rasa kosong itu. macam2x rasa aku rasa. adakah syaitan sedang menguasai diri ku ni. Ya Allah, kau jauhkanlah aku dari segala anasir2x jahat. Adakah zikir2x harian ku tidak mencukupi lagii.....bantulah diriku ini