Wednesday, April 15, 2009

Today is 15 April 2009





Aku tak tahulah, naper aku skang ni suka amik gambar.padahal tak da pun skill dan artistik sangat. aku ari ni amik gambar pelajar aku mewarna kereta idaman. Macam2x warna yang anak murid aku warna kereta mereka.padahal aku , dah tunjukkan satu contoh kereta cg elly sebagai contoh. Tapi, kita tak boleh marah mereka, cuma beri nasihat terlebih dahulu. bila mengajar mereka, aku tak boleh nak pastikan semuanya menepati standard aku atau piawaian ISO. mereka kan special. Lihatlah warna - warni keta anak murid aku ni yer.





Pastu, malamnya pulak aku didatangi angin aper entah. tibe2x rajin nak masak. so aku pun masaklah udang masak sweet sour. sodapnyer hingga menjilat jari.ahaks. ;;;) sapa lagi nak puji kalo tak diri aku sendirikan??? Bak kata Nabil; xxxxx!!!



Nota kaki: Mek, bukan tak nak post gambar semalam. aku dah download, pastu cannot find server. so malaslah aku nak repeat balik. Udah kengantukkan.

Tuesday, April 14, 2009

Hari Nie Yang Macam - Macam

Erghhhhhhhhhhhhh. Ari nie, hidup aku kureng ceria. banyak betui benda yang x elok.......

Mula2x. pagi tadi, masa nak pegi skola pukul 6.30 pagi. nasib baik aku tak langgar anjing!!! Apa punya dog la, da berhenti , nak melintas pulak. kalo tak, abes vivato mak aku, kena samak!!!!!!! Tak sanggup aku nak langgar anjing!!!!

Pas tu pagi tadi ok sikit. Sukanya aku dapat tengok muka pengetua aku tu tersenyum. Selalunya Puan jarang senyum.

Tapi, menjelang waktu nak balik, kawan aku pulak tanya dapat DPLI? aku cakap, dapat. Dia kata x dapat. Pastu, dia cakap pulak, dengar citer aka rumours ; yang x dapat DPLI dapat interview KPLI. Lagi lah haru hidup aku!!!!!wei, sedih tahap gaban aku masa tu.ada kah aku tak lulus??????????????????

Aku bawa keta balik umah pun berkhayal.nyaris tal langgar bangkai bonatang yang kena langgar!!!! Nasib baiklah, masa aku ym ngan kak arie, dia banyak bagi nasihat. Thanks kak arie atas nasihat akak tu. Tuah akan ingat sampai bila2x.................

Monday, April 13, 2009

Dina dan Aliya Yang Comel

Ni. gambar2x kak ayu punya anak. aku suka tengok muka diaorang.comel n cantik macam emaknya .si kakak bernama aliya dan si adiknya dina. Ni gambar yang 2 tahu lepas. skang aliya da besar. fina pun sama. makcik aku ada amik gambar diaorang. tapi, ari tu aku punya kamera tak da sebab hilang di mina. so, tak dapatlah nak amik gambar terbaru dua beradik nie



Fina yang comel

aliya bersama fina



S.M.K Batu 34

haha. tak sabarnya nak tunggu hari rabu.aku nak gi ke batu 34. dapatlah aku jumpa anak2x murid aku ----)amat, raof, halim,shahril, tasha, deli,napi etc.

Pasal napi lagi best, dia dah lupa aku ni sapa. itulah dugaan yang paling besar bila mengajar anak2 istimewa. tapi kerana dialah juga, aku belajar mensyukuri apa yang ada pada diri. jangan terlalu takbur dan riak.

Saturday, April 11, 2009

Gambar Candid Angsaku yang bernama Qistina aka Ina

Hehe2x. Nama angsaku ni sekejap qistina sekejap Ina. Gara2x SpaQ punya citer la nie. Aku x da bela kucing, jadi angsa ni kiranya dah jadi macam puppy aku la. Ada kucing pun, cuma kucing Pak Usop dan cik Jat yang selalu melepak kat umah aku.Si Ina ni suka memekak bila dia lapar. tambahan pula skang ni dah solo selepas kematian madunya dan si jantannya cabut lari. Sian si Ina aku. Tapi, rasanya dia ni jenis independent sebab dulu masa sama madu dia, sekejap jer jalan sama2x. Lepas pulih dari amnesia, dah tak ingat kat madunya. Ina ni asyik buat hal dia. Tu pasal madunya, main2x kat tepi jalan sampai kena langgar.



Masa aku n mak kat makkah, mak busu aku jaga dia. mak busu kata dia x kuar dari shelter dia.asyik duduk kat dalam situ sampai sepupu aku bagi dia makan berdekatann ngannya. benda yang aku cari bila sampai ajer kat umah lepas balik dari mekah ialah Ina.nasib baiklah dia kenal lagi kat tuannya ni. tak sampai 10 minit pastu, si Ina ni mulalah buat siren.tergelak semua sedara mara aku dengar dia buat bising pasal dah lama tak memekak sejak kitaorang takda.

Saje jer aku snap gambar dia masa hari ujan hari tu

Kelas Pendidikan Khas SSP

Ni nama glamornya Pudin. Pandai melukis. senyum sokmo ajer kejanya
Saedy, kei fern, dan haida sedang melukis. Aku kena kasi banyak latihan mewarna untuk mereka untuk pergerakan motor halus.

See aka Akang yang asyik terperanjat bila diamik gambar. Dia ni kalo mewarna cermat


Kamulah permata yang harus dihargai dan tidak disia-siakan.







Aku kini menjadi guru ganti kat SSP. Before this jadi GSTT di SMK Batu 34. Tapi yang sedeynya, kamera aku hilang masa kat Mina. Hilang semua gambar semasa kat Batu 34 n Mina. hilang gambar si Raof yang asyik tanya pasal kamera aku. Asyik tanya, Cikgu mana kamera?" aku hanya jawab "kat mekah, nanti kalo cikgu sana semula, cikgu amik yer". Tapi, aku redha ngan takdir. Now, aku ada ada kamera baru.
Aku nak post gambar anak-anak murid aku ni. Mengajar mereka banyak membuka minda aku dari segi persepsi terhadap Pendidikan Khas. Aku pun menjadi lebih sabar, lebih tahu buat kraftangan coz sebelum ni aku ni zero pasal seni
.








Salam Perkenalan

ASSALAMUALAIKUM......................

Salam perkenalan buat semua rakan di alam maya ni
Have a nice day