Showing posts with label Pendidikan Khas. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Khas. Show all posts

Thursday, April 16, 2009

Anak murid aku

Anak2x murid aku yang baik . Depan sekali tu rAOF, second tu Napi (budak yang boleh luper kejap aku masa kat Pasar Pontian), belakang sekali tu Raziq,jiran Kak Mon
mula dari kiri ; Shahril(si penceria kelas n kreatif orangnyer), Azmir (yang suka melatah apabila dicuit,suka melawak), Deli (yang suka bercerita pasal ikan,ayam dan suka melekat kat meja macam superman), Rashid (yang suka terbersin,hehe. Budak ni baik orangnya, tak kedekut)


Hari ni, aku dapat jumpa ex - anak murid aku. Tambah2x lagi si Raof yang suka bergaduh ngan aku jek. Amat yang selalu naik keta ngan aku. Shahril yang selalu calling - calling. Amir yang suka melatah.Dan semua anak murid aku yang lain gak Tapi, itulah mereka, insan2x istimewa. Budak2x ni dah macam adik2x aku ajek.Padahal, aku ni x da experience pun ada adik.Maklumlah, aku ni kan anak tunggul . No siblings. Memang best pengalaman mengajar mereka, aku ada 14 adik lelaki dan 2 adik perempuan. Ni gambar sebahagian dari mereka. Nasib baik dapat jumpa mereka. Aku hantar pelajar aku, then jumpa mereka ni. Bak kata orang Jerman; sambil menyelam ,minum air.....


After latihan sukan, aku masuk kelas mengajar Pendidikan seni. Aku soh mereka menampal. Mula2x mereka tak nak,aku gertak kat mereka; sapa yang x buat kerja, cikgu tak kasi balik awal. Takut gak mereka. tapi, aku pulak terasa kijam sama mereka.

Monday, April 13, 2009

S.M.K Batu 34

haha. tak sabarnya nak tunggu hari rabu.aku nak gi ke batu 34. dapatlah aku jumpa anak2x murid aku ----)amat, raof, halim,shahril, tasha, deli,napi etc.

Pasal napi lagi best, dia dah lupa aku ni sapa. itulah dugaan yang paling besar bila mengajar anak2 istimewa. tapi kerana dialah juga, aku belajar mensyukuri apa yang ada pada diri. jangan terlalu takbur dan riak.

Saturday, April 11, 2009

Kelas Pendidikan Khas SSP

Ni nama glamornya Pudin. Pandai melukis. senyum sokmo ajer kejanya
Saedy, kei fern, dan haida sedang melukis. Aku kena kasi banyak latihan mewarna untuk mereka untuk pergerakan motor halus.

See aka Akang yang asyik terperanjat bila diamik gambar. Dia ni kalo mewarna cermat


Kamulah permata yang harus dihargai dan tidak disia-siakan.







Aku kini menjadi guru ganti kat SSP. Before this jadi GSTT di SMK Batu 34. Tapi yang sedeynya, kamera aku hilang masa kat Mina. Hilang semua gambar semasa kat Batu 34 n Mina. hilang gambar si Raof yang asyik tanya pasal kamera aku. Asyik tanya, Cikgu mana kamera?" aku hanya jawab "kat mekah, nanti kalo cikgu sana semula, cikgu amik yer". Tapi, aku redha ngan takdir. Now, aku ada ada kamera baru.
Aku nak post gambar anak-anak murid aku ni. Mengajar mereka banyak membuka minda aku dari segi persepsi terhadap Pendidikan Khas. Aku pun menjadi lebih sabar, lebih tahu buat kraftangan coz sebelum ni aku ni zero pasal seni
.