Saturday, May 9, 2009

HaRi eMaK



Happy Mother Day to my lovely mother, Katijah Sulaiman.

Mak, insan yang melahirkan aku ke dunia nie...
Mak, insan yang sanggup bersengkang mata bila aku menangis kerana sakit...
Mak, insan yang mengajar aku mengenal huruf ABC,mengeja dan membaca walaupun kepenatan balik dari mengajar di sekolah...
Mak, insan yang selalu menyalurkan bantuan kewangan bila anaknya ketandusan wang saku belajar...
Mak, insan yang setia menjaga arwah abahku diwaktu sakit, sentiasa mengharungi susah senang bersama ...
Mak, insan yang tidak kedekut share duit pencen arwah abahku untuk amal jariah sebab mak kata dia dah ada duit sendiri,jadi biarlah rezki yang ada dipanjang- panjangkan..
Mak, insan yang sentiasa mengharapkan dan berdoa agar anak tunggalnya menjadi seorang guru....
Mak, insan yang selalu membuatkan aku tidak sabar untuk pulang ke rumah, kerana setiap hari aku rindu sama mak akuuuuuuuuuuuuuuu.
Mak, Anya sayang tersangat - sangat sama mak. Selamat Hari Emak yer mak aka Puan Hajah Katijah Binti Sulaiman aka Mrs Latif Bin Ibrahim

Wednesday, May 6, 2009

REDHA

Walaupun aku gagal keputusan Mtest kali ni buat kali kedua (abes aku kena tazkirah ngan mak aku).Aku tahu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi yang aku tak nampak. Kali ni, aku tunggu result untuk rayuan Mtest. harap2x ada peluang.Atleast, semua cara yang baik aku dah cuba. Apapun, aku kena berfikiran positif macam yang Cik Kecik aka Dr Haziah cakap.Mudah2an KPLI ambilan Jan 2010, aku ada peluang dan ada rezki. Aku baru terima call dari seseorang. punyalah banyak kali aku meneleponnya, hari ni dia baru balas.siap dia kata; berani yek awak telepon saya(dalam hatiku, aku cakap saya dah desperate perlukan bantuan ni, kekeke. muka tempe betul aku ni).baru jekkkkkk ni. siap tanya nama mak bapak aku lagi.tanya bla+++. .mula2x cuak gak, ingatkan dia fikir aku ni orang x betul.rupa2nya, dia ni orang semenanjung dan sedaerah ngan aku.harap2x kali ni rezki memihak pada aku. Kali ni, kalo nak tulis tempat temuduga KPLI ambilan JAN 2010, aku nak tulis pusat temuduga TAK MO di Semenanjung.

Pada aku, hikmah tak dapat lulus peksa Mtest ni mungkin sebab aku tak cukup berdoa kat Allah S.W.T. Kalo dia kasi sekarang, mungkin aku akan lupa diri r takbur. Walau apapun, bukankah hanya Dia sahaja yang mengetahui perkara - perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Mungkin, antara 3 pilihan terbaik yang aku ada iaitu kerjaya, perkahwinan dan haji. Dia kasi aku paling terbaik sekali iaitu haji. Apapun, aku redha..................

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya............
Allah nak hadiahkan kita pelangi.."



##tiba2x aku teringat, kenapa sudah hampir dua tahun aku tak bermimpi pasal bintang kat angkasa. Dolu2x, setiap tahun, aku akan alami mimpi yang sama iaitu bintang2x ngan macam UFO, dalam situasi yang sama. Muncullah bintang mimpiku....

Kesimpulannya; saya adalah saya adalah illya adalah anya adalah tuah........

Thursday, April 30, 2009

Tuesday, April 28, 2009

Tomorrow

Berdebar. Sesak nafas aku dibuatnyer. Apapun, mudah - mudahan ada berita gembira untuk aku.

Tuesday, April 21, 2009

Kemaafan

tengah2x syiok surf tenet sambil tengok TV. tertekan pulak siaran astro. tittle Anjakkan Paradigma oleh motivasi tersohor iaitu Dr Fadzilah Kamsah. Aku memang suka bangat dengar ceramah pakcik ni ( dia bukan pakcik aku!!!, tapi suka dengar kalo masa ceramah kat TV dia bahasakan dirinya pakcik)Topik Kemaafan. Tetamu undangan dia Puan Abby Abadi. best jugaklah segmen ni walaupun, aku ni kadang2x tenggelam timbul dengar sambil surf tenet. Dr Fadzilah pesan supaya Maafkan orang walaupun orang tak maafkan. Kita juga hendaklah bersyukur. InsyaAllah, Allah akan perkenankan doa kita. dan apabila tengah dalam keadaan sedih sebutlah

1) inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

2) Ya Allah, aku redha dengan ujianMu, gantikanlah ia dengan pahala.
Ya Allah, aku hilang ........................( apa yang kita hadapi), gantikan
lah dengan ............. (apa yang kita nak sebenarnya, tapi x dapat) yang
lebih baik


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Makanan Oh Makanan




Selalunya, kita mesti fikir makanan penting untuk beri kita tenaga. Tapi yang sebenarnya, air adalah paling penting untuk kita. Badan kita mengandungi 70% air . Lihat sajalah sebagai contoh sewaktu tragedi runtuhan Highland Towers, ada mangsa yang terselamat kerana adanya air. ( apalah aku melalut dari topik nie)

Kat sini aku nak share apa yang pernah aku bekajar masa amik subjek fitokimia bab herba. Subjek ni best sebab kurang stress, lagipun ianya pembelajaran sepanjang hayat. Boleh diguna tak kira dimana2x .Kalo subjek lain, contohnya distilation column, kalo kija kat industri bolehlah apply. Kalo membran, boleh lah tahu kalo nak beli filter air. Jadi, salesman, tak boleh banyak kelentong sama aku nie. wakaka.(padahal ilmu bab ni ciput jek aku tahu, atleats ada jugaklah ilmu yang boleh aku refer).Apapun, thanks Prof Ramlam becoz introduce this Fitochemical subject

Kalo korang nak reducekan toksik yang dikumpul oleh hati kita, korang boleh minum air daun hempedu bumi. Tapi, perghhhhh pahitnyer. aku, kalo jumpa daun ni, aku akan minum. tapi tak boleh selalu . 2 minggu sekali tu pun kira orait lah.

Pastu, kunyit. Makanlah kunyit hidup yang muda. Jadikan amalan harian. bagus untuk prevent kanser. Ada dibentangkan oleh Lecturer berbangsa India, lupa plak nama dia

Pastu, korang gak boleh makan jenis2x ulam- ulaman seperti ulam raja, kacang botol, tenggek burung etc. Banyak mengandungi antioksida , kata orang Jerman untuk nampak awet muda. Contohnya, Prof aku ni lah, sapa sangka umor da dekat 50 tahun, tapi still maintain muda. Satu lagi, pakcik Kedah yang jadi tokey kedai buku kat KDSE. Dah pencen, tapi suka makan pucuk gajus. Wow, nampak muda lagi

Lagi satu, kalo kurang nak buang urik asid. korang boleh lah makan daun misai kucing. Petua nak amik daunnya, korang amiklah daun yang keenam daripada bunga. Nie, tokey herba Nasuha bagitau lecturer aku.Sebabnya, kandungan chemical nyer banyak. makin tua, makin banyak chemicals content.

kalo korang suka nak tau pasal herba. korang belilah suratkhabar omputeh, Straits Times hujung minggu. dr Rajen ader tulis pasai herba2x ni.

Yang lain2x, nanti lah. aku dah amnesia skrang niiiiiiii.hehe.kuang2x

Garlic's powerful ability to reduce free radical

Garlic
Tested
Execution

Scientists at the University of Kuwait conducted a study to determine if garlic could reduce damage from free radicals, which has been known to lead to vascular disease in people with diabetes and high blood pressure. Measurements of total serum antioxidants were taken from diabetic and hypertensive rates before and after having been treated with garlic.

The researchers found that the serum levels of antioxidants had increased significantly in both groups of rats just three weeks after treatment. The diabetic rats also experienced a decrease in serum glucose, while the hypertensive rats had lower systolic blood pressures. The results suggested that garlic is able to increase total antioxidant status.

New studies have also shown that garlic is able to block cancer. A Republic of Korea study identifies diallyl disulfide (DADS) "as the most prevalent oil-soluble sulfur compound in garlic, inhibiting cell proliferation in many cell lines."

The ability of garlic to decr ease genetic mutations and reduce the number of small and large lung tumors was demonstrated in another recent study published in the March issue of Mutation Research. In a third study, scientists in the Republic of China found that garlic oil was able to enhance the production of cancer-killing cytokines, as well as to increase the proliferation rate of lymphocytes, which are responsible for the body's immune response.

The compound responsible for garlic's healing powers is called Allicin, which has both antibiotic and anti-fungal properties. Allicin is only produced when a whole garlic clove is crushed or chopped, and it begins to degrade quickly. With its high sulfur content, garlic has been used in skin and hair products to improve skin tone and hair shine.

Garlic can also be taken as a supplement in the form of garlic extract, which has been found to exhibit many of the same cancer blocking actions and ability to boost antioxidant levels as raw garlic.

Footnote; Garlic is good for health, but smelly. I took garlic supplement . Its really helped me to reduce my blood pressure, if ate salty food too much.

This info, I quote from CEPP News Centre