Wednesday, May 6, 2009

REDHA

Walaupun aku gagal keputusan Mtest kali ni buat kali kedua (abes aku kena tazkirah ngan mak aku).Aku tahu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi yang aku tak nampak. Kali ni, aku tunggu result untuk rayuan Mtest. harap2x ada peluang.Atleast, semua cara yang baik aku dah cuba. Apapun, aku kena berfikiran positif macam yang Cik Kecik aka Dr Haziah cakap.Mudah2an KPLI ambilan Jan 2010, aku ada peluang dan ada rezki. Aku baru terima call dari seseorang. punyalah banyak kali aku meneleponnya, hari ni dia baru balas.siap dia kata; berani yek awak telepon saya(dalam hatiku, aku cakap saya dah desperate perlukan bantuan ni, kekeke. muka tempe betul aku ni).baru jekkkkkk ni. siap tanya nama mak bapak aku lagi.tanya bla+++. .mula2x cuak gak, ingatkan dia fikir aku ni orang x betul.rupa2nya, dia ni orang semenanjung dan sedaerah ngan aku.harap2x kali ni rezki memihak pada aku. Kali ni, kalo nak tulis tempat temuduga KPLI ambilan JAN 2010, aku nak tulis pusat temuduga TAK MO di Semenanjung.

Pada aku, hikmah tak dapat lulus peksa Mtest ni mungkin sebab aku tak cukup berdoa kat Allah S.W.T. Kalo dia kasi sekarang, mungkin aku akan lupa diri r takbur. Walau apapun, bukankah hanya Dia sahaja yang mengetahui perkara - perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Mungkin, antara 3 pilihan terbaik yang aku ada iaitu kerjaya, perkahwinan dan haji. Dia kasi aku paling terbaik sekali iaitu haji. Apapun, aku redha..................

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya............
Allah nak hadiahkan kita pelangi.."



##tiba2x aku teringat, kenapa sudah hampir dua tahun aku tak bermimpi pasal bintang kat angkasa. Dolu2x, setiap tahun, aku akan alami mimpi yang sama iaitu bintang2x ngan macam UFO, dalam situasi yang sama. Muncullah bintang mimpiku....

Kesimpulannya; saya adalah saya adalah illya adalah anya adalah tuah........

No comments:

Post a Comment