Sunday, February 28, 2010

Delta

Delta means perubahan

Maka ianya membawa maksud aku perlukan perubahan dalam hidup dan ape2x jua segi bersegi2x

means that from now, i must






Wednesday, February 17, 2010

transformasi


I never realised that this thing happen to me. Its so unpredictable. No one knows about the future.

Tuesday, February 16, 2010

Dedicated to my fren


hepi besday to you

hepi besday to you

hepi besday to rus
hepi besday russssssssssssssssssssssss
* rus, skrang kiter serupe
*mudah-mudahan kawan ku sentiasa diluaskan rezekinya
*don't sad

Tuesday, February 9, 2010

26 th years old


HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF!!!!!!!!!!!!!!!

Hari ini, genaplah umur aku 26 tahun .

Aku berharap tahun ini aku daapat capai apa yang aku hajati

I want to be a better person compare to my old Illya

Friday, February 5, 2010

Hajar Madinah

Sebenarnya aku baru sajek terima panggilan dari Hajar. Budak Madinah yang berketurunan Mesir yang aku kenal di Masjid NAbawi. Aku kenal dengan emaknya serta adik2xnya. Cuma yang kelakar bila bahasa komunikasi kami yang sedikit caca merba. Apapun, aku berharap mudah-mudahan apabila aku menjadi tetamu Allah di bumi Anbiya', aku dapat bertemunya kembali. Kalo boleh, aku nak bergambar kat tepi tangga aku berjumpa dengan dia daan familynya.

Thursday, January 28, 2010

Pergh Leganya!

Alhamdulillah. duit aku selamat masuk. Ingatkan melencong ke tempat lain.
Haru aku 44 hari 45 malam

Saturday, January 23, 2010

Hari ini Dalam Sejarah

Mummy aku di bawah pokok.

Mc Nor pun ikut sama. Nor, kalo ma mu tengok kat Tv mesti terperanjat. Cepatnyer ko tukar kerakyatan negeri from Kelantanese to Johorean. Hehe


Aku yang bersemangat hendak pergi. Aku dah cakap kat shikin , tahun ni kalo ada jamuan raya di istana untuk rakyat, kiter pergi yer. Okies katanya.

Shikin yang sekepala ngan aku yang mahu pergi memberi penghormatan terakhir. Kalo ikutkan, aku dan dia siap mahu tunggu sampai ke makam di raja. tapi, last2x minit kena kita semua ada hal.





Rasa-rasanya, hari ini dalam sejarah hidup aku. Pergi ke istana besar untuk memberi penghormatan terakhir atas kemangkatan Sultan Johor. Walaupun tak pernah lihat baginda secara live semasa hayatnya, tapi aku terasa sebagai rakyat johor apa salahnya pergi.



Maka bermulalah rombongan mak kiah dan cik - cik kiah iaitu mak aku, aku, mc nor dan cikgu shikin. Apapun thanks to shikin sebab sekepala ngan aku nak pergi tengok. Tapi, ayat mc nor pulak; patutlah korang ni tak kawen2x , perangai macam budak2x. haha.


Kiranya, kami antara yang beruntung sebab berpeluang masuk kerana selang 5 minit pastu orang biasa tak dapat masuk kerana masa untuk orang2x kenamaan. melihat stesyen2x tv yang banyak membuatkan aku teringat semasa hendak melontar jamrah pada hari kedua. aku terserempak pada pemberita yang sedang buat liputan. maka aku dan cik mustafa pun melambai tangan. kunun2xya alan masuk dalam TV negara mana tah.


Kat istana pulak, aku dengan selambernya berkata pada nor dan shikin, boleh lah kita enterframe kat stesen2x TV. tapi x der pulak yang sudi temuramah. jadi buat lintas sengaja masa orang interview jer. hehe. rasanya, astro awani kalo tak silap.


Mudahan roh almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dicucuri rahmat.

-No Tajuk-

Hahaha.Kelakar sungguh rasanya hari ini. bila dipikirkan, adakah perlu aku perlu berfikir lebih terbuka2x sangat2xx. atau aku perlu bersifat yang sedang2x sajer. tapi, aku punya prinsip adalah prevention better than cure. lagi satu, agaknya bila jumpa orang yang terlebih bijak dan workholic memang macam tu kut. dah la aku tersalah jawab. hancussss.

Wednesday, January 20, 2010

Sebelum dan Selepas

Sudah lumrah hidup, sebelum dapat semuanya sanggup
Selepas dapat, semuanya hampagas
Hipokrit betul!!!!!!!!!!!

Saturday, January 16, 2010

Angan - angan -Cita-Cita - Realiti

Bagi aku setiap cita cita perlu dimulakan dengan angan-angan.
Tapi, kadangkala angan-angan itu boleh melekakan kita.
Dulu, aku selalu berpegang pada satu prinsip, biarlah aku meletakkan angan2x yang tinggi supaya cita-citaku tercapai.
Kalau aku bercita-cita hendak mendapatkan impian A++++
Sekurang-kurangnya bila tak dapat, ianya akan jatuh sedikit sahaja ke A atau A----
Bak masa kecil, aku bercita-cita menjadi doktor
tapi tak dapat, amik kejuruteraan
tapi masih tak tahu lagi apa bidang tu
setakat tahu melalui TV dan pakcik sepupu aku
Bila masuk ke bidang tu, baru aku tahu ianya tak sesuai dengan diri aku
Maka, aku pun mencuba bidang baru
bidang yang sangat2x disukai oleh emak aku iaitu perguruan
Mula2x aku berasa 50 - 50 perasaan aku
TAPI HARI INI aku telah menyedari bahawa bidang ini mungkin lebih sesuai dengan diri aku.
aku dibesarkan dalam environment perguruan walaupun banyak lagi kekurangan aku perlu atasi
Aku rasa seperti dapat mengambil semua zaman kanak2x aku yang dulu terbuang dengan sia-sia kerana kononnya banyak belajar
Aku tak pernah nak libatkan diri dalam aktiviti koko etc
Padahal itulah proses pembelajaran kehidupan yang sebenar yang boleh membantu diri untuk hidup bersosialisasi
Apapun thanks mak becoz sentiasa doakan anaknya dapat jadi guru

Wednesday, January 13, 2010

Bile Cik - cik Kiah Meronggeng

Cuti sekolah yang baru lepas ni, aku dan kawan2x aku seramai 3 orang lagi pergi meronggeng. Kami berempat masing-masing mempunyai problema tersendiri sehingga mengambil masa hampir 3 tahun untuk bertemu kembali secara berempat.


Sapelah wanita ribena tu yang comey. Rus, ex rumate aku di U. Teringat masa mule2x masuk bilek asrama M20 bilik 309, rus yang mule2x tegur aku. Matrik melake ek? aku pulak? Blurrrrrrrr.padahal satu blok. Sorang lagi, Nor. Jiran sebelah bilik aku. Asal perkenalan masa kami sama2x pinjam seterike. Terus kenal sampai sekarang


Kami singgah di masjid terapung, tereggan. Seronoknyer cuti kali ni. Aku pergi jalan ke pantai timur. Bayangkanlah masa umur 7 tahun aku jejak kaki ke kelantan. pastu tak penah2x. terengganu pulak, last masa pergi Petronas.


Singgah di Pantai di Terengganu. Rus terpaksa memberhentikan keretanya setelah melihat kejakunan aku yang macam tak pernah jumpe pantai. Nasib baik tak jumpa Arfa Batik yang tengah sale. Kalo tak, mahu mendak ferrari rus.


Di Pantai Irama di Bachok.Jenjalan sebelum pergi MPKB.



Di Pantai Telok Cempedak.



Di rumah Ala. first time pergi majlis kahwin di kelantan.Bestnyer dapat makan gulai kawah. Peringatan untuk Rus dan Nor; kalo ko kahwin jangan lupe jemput aku makan. haha





Bersama pengantin perempuan, Alafiza. Yang lelaki , tengah malu-malu.haha
Yang ni pulak, Siti or nama gelemer dia Honey. From Parit Jawa Muar. Kabare wak? Tukang dengar masalah aku sampai aku kena marah2x dengan dier. Suka ngempreng dengan aku. Honey, biler mau kawen? Terima ajer anak ...............



Thursday, December 31, 2009

2010

azam AKU DI TAHUN 2010

azam BESAR
-actually aku ada 3 azam besar yang sentiasa aku bawa dari tahun ke tahun. Allhamdulillah, kini tinngal satu jer lagi. harap2x aku dapat capainya dalam tahun nie.
"ALLAH akan berikan yang terbaik sekali untuk hambanya".
Walaupun kita mengatakan A adalah yang terbaik sekali antara ABC, tapi bagi Allah bukan itu yang terbaik.
SEbaliknya B adalah yang terbaik. Sesungguhnya DIA MAHA BERKUASA dan MENGETAHUI.

AZAM - AZAM AKU
--biarlah rahsia--
yang pasti, aku hendak menjadi anak yang soleha kepada kedua ibu bapaku
dan mempunyai budi pekerti yang baik dan terpuji

Erti 2009

tERlALU BANYAK kenangan pahit dan manis sepanjang tahun 2009 nie.Apapun, aku berharap ianya akan menjadi panduan dan pedoman untuk diri.



2009 juga menandakan aku bakal menamatkan umur aku yang bernombor 25 untuk menjejaki nombor 26.



2009 juga merupakan tahun di mana aku berjaya mendapat KPLI-KDC Pendidikan Khas setelah 2 kali percubaan interview. ALLAH itu maha kaya. Hanya dia yang mengetahui perkara ghaib bukannya manusia. Rupa-rupanya, setelah setahun aku kembali dari makkah, barulah aku berjaya mendapat KDC. Tapi aku tidak menyesal kerana dia telah berikan aku pilihan yang terbaik sekali. Kerana tahun lepas, KDC mula mendaftar pada 17hb November. Sedangkan, aku akan berangkat ke Tanah Suci pada 18 November. Aku pasti, sekiranya berjaya ke KDC, aku akan menjadi buntu untuk memilah yang mana satu. Tapi, DIA telah memudahkan urusanku. Emak, tidak terbalas jasamu untuk aku balas kerana ianya terlalu1000xxx banyak.

2009 juga membuatkan aku menjadi seorang yang sensitif.Aku akan cuba mengkaji kelemahan diri

KHAS BUAT
EMAK ;; ANYA SAYANG MAK SANGAT2x. MAK YANG BANYAK BERDOA UNTUK ANAKNYA.

ANI;; TERIMA KASIH SEBAB SELALU MENDENGAR LUAHAN AKU BILA STRESS. KATA2x NASIHAT KO BANYAK YANG MASUK DALAM AKAL AKU.

RUS;; EX - ROOMATE AKU YANG SENTIASA CERIA. APA2X SALAH AKU ZAMAN DOLU2X MAAFKAN YER. THANKS ATAS LAYANAN BAIK KELUARGA KO SEMASA AKU DI KELANTAN

NOORSTURA;; MEK, AKHIRNYA AKU BERJAYA KETEMU SAMA KAMU SETELAH 2 TAHUN TIDAK BERTEMU

KAK AZMIDAH,KAK ERNI,KAK IMAH DAN PKHAS SMK BATU 34; TERLALU BANYAK SOKONGAN AKAK2X DAN JUGA MURID-MURID.AKU RINDU SUASANA DI SANA.GELAGAT ANAK MURID2X AKU YANG TAK DAPAT AKU LUPAKAN. BAYANGKANLAH, KALI PERTAMA AKU MENGAJAR DI SEKOLAH TERSEBUT ,MACAM2X REAKSI AKU TERIMA.DAN, PALING AKU TIDAK DAPAT LUPAKAN, SEWAKTU MAKAN PETANG DIRUMAH, AKU MAKAN SAMBIL TERSENGGUK-SENGGUK MENAHAN MENGANTUK.RUPA-RUPANYA, MENJADI GURU TIDAK SEMUDAH ABC.


CIKGU NORLIAH; BANYAK JASANYA YANG AKU TAK DAPAT LUPAKAN.APAPUN, DIA SALAH SEORANG YANG AKU RESPECT.


KAK MAS, KAK DILA, KAK WANI, CIKGU NIK DAN ANAK MURID AKU DI SKam. KALIAN SEMUA MERUPAKAN TEAMWORK YANG BAGUS DAN BAIK. ANAK MURID AKU DI KELAS USAHA MENGAJAR AKU ERTI KESABARAN YANG BANYAK.

CIK KECIK DAN PAKCIK JALI DAN CM DAN CE; THANKS FOR HELPING ME. I'LL NEVER FORGET YOUR HELPING. ONLY GOD KNOW YOUR KINDNESS.


AND FINALLY, GOOD BYE 2009

Sunday, December 27, 2009

Hehehe

Aduhai nasib. Laptop dan 2 CPU kat umah aku di masuk virus. abeslah nasib aku.
Tak dapek nak updet cuti2x pantai timur aku.
mak pun tak dapek siapkan kerjanya
huhu haha hihi

Tuesday, December 15, 2009

Kerana dia Abahku

Hari ini.15 dec 09, genaplah arwah abah 53 tahun jika hidup. dan sudah 5 tahun 27 hari tiada di muka bumi ini.
abah terlalu - lalu amat-amat sangat istimewa dalam hidup aku selain emak.
aku dan abah banyak berkongsi minat
abah juga selalu sangat luas infonya
sehingga aku kini menjadi lupa untuk membaca sebab dialah surat khabar ku
aku bisa berbual dengan abah pasal space, ekonomi, sukan dan banyak lagi.
aku,abah dan emak suka duduk di luar kawasan rumah
kami sama-sama meneropong bintang, meneka apa yang ada di bintang
malah, aku dan abah sanggup menunggu berjam-jam lama semata-mata untuk menunggu gerhana bulan

Kerana abah juga, aku sanggup extand satu semester semata-mata untuk mendapatkan second class upper.abah dan emak lah sumber inspirasi aku.

tapi, sayangnya dia tiada lagi disisi aku dan emak.tapi, ingatan aku terhadapnya tidak pernah luput.Aku betul2x respect bila melihat ketabahan dia melawan sakit buah pinggang. Aku benar2x berasa bangga menjadi anak abah dan emakku.

Wednesday, December 9, 2009

......./------...........

I HATE THOSE WORDS

KEMBUNG AND ANAK AYAM
BUT I HATES VERY MUCH THE WORDS OF KEMBONG
IT REALLY HUMILIATE

Jiwa kosong

Ya Allah, kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa jiwa ku seperti kekosongan.aku cuba cARI kekosongan itu. tapi masih tidak jumpa dan samar2x. Aku nak hilangkan rasa kosong itu. macam2x rasa aku rasa. adakah syaitan sedang menguasai diri ku ni. Ya Allah, kau jauhkanlah aku dari segala anasir2x jahat. Adakah zikir2x harian ku tidak mencukupi lagii.....bantulah diriku ini

Saturday, November 28, 2009

Kesengalanku terserlah

Aduhai nasib. sudah seminggu di IPTi.sudah 3 subjek aku belajar. Rupa-rupanya, terlalu -lalu-lalu sedikit ilmu yang ku ada. Aku bersyukur kerana dapat mempelajari ilmu2x pendidikan. Cuma, kini aku keponingan nak menyayi. camana yek nak menyanyi lagu KBSR???? sebabnya, aku ni zero muzik.tak pernah hafal lagu. harap2x boleh. takutnya besok kena menyanyi depan lecturer ngan kawan2x. mudah-mudahan guruh tidak berdentum

ANGKAT TANGAN
ANGKATLAH TANGAN KANAN,
ANGKATLAH TANGAN KIRI,
GOYANGKAN TANGAN KANAN,
GOYANGKAN TANGAN KIRI,
TUNJUKKAN KAKI KANAN,
TUNJUKKAN KAKI KIRI,
HENTAKKAN KAKI KANAN,
HENTAKKAN KAKI KIRI.

Sunday, November 22, 2009

Bolehkah??

Nervoussssssssssssssssssssssss.
Besok, aku dah start daftar kuliah
Maka bermulah kehidupan baru aku sebagai seorang murid dan bakal guru yang sedang mempelajari asas menjadi seorang guru