Saturday, January 16, 2010

Angan - angan -Cita-Cita - Realiti

Bagi aku setiap cita cita perlu dimulakan dengan angan-angan.
Tapi, kadangkala angan-angan itu boleh melekakan kita.
Dulu, aku selalu berpegang pada satu prinsip, biarlah aku meletakkan angan2x yang tinggi supaya cita-citaku tercapai.
Kalau aku bercita-cita hendak mendapatkan impian A++++
Sekurang-kurangnya bila tak dapat, ianya akan jatuh sedikit sahaja ke A atau A----
Bak masa kecil, aku bercita-cita menjadi doktor
tapi tak dapat, amik kejuruteraan
tapi masih tak tahu lagi apa bidang tu
setakat tahu melalui TV dan pakcik sepupu aku
Bila masuk ke bidang tu, baru aku tahu ianya tak sesuai dengan diri aku
Maka, aku pun mencuba bidang baru
bidang yang sangat2x disukai oleh emak aku iaitu perguruan
Mula2x aku berasa 50 - 50 perasaan aku
TAPI HARI INI aku telah menyedari bahawa bidang ini mungkin lebih sesuai dengan diri aku.
aku dibesarkan dalam environment perguruan walaupun banyak lagi kekurangan aku perlu atasi
Aku rasa seperti dapat mengambil semua zaman kanak2x aku yang dulu terbuang dengan sia-sia kerana kononnya banyak belajar
Aku tak pernah nak libatkan diri dalam aktiviti koko etc
Padahal itulah proses pembelajaran kehidupan yang sebenar yang boleh membantu diri untuk hidup bersosialisasi
Apapun thanks mak becoz sentiasa doakan anaknya dapat jadi guru

No comments:

Post a Comment