Tuesday, December 15, 2009

Kerana dia Abahku

Hari ini.15 dec 09, genaplah arwah abah 53 tahun jika hidup. dan sudah 5 tahun 27 hari tiada di muka bumi ini.
abah terlalu - lalu amat-amat sangat istimewa dalam hidup aku selain emak.
aku dan abah banyak berkongsi minat
abah juga selalu sangat luas infonya
sehingga aku kini menjadi lupa untuk membaca sebab dialah surat khabar ku
aku bisa berbual dengan abah pasal space, ekonomi, sukan dan banyak lagi.
aku,abah dan emak suka duduk di luar kawasan rumah
kami sama-sama meneropong bintang, meneka apa yang ada di bintang
malah, aku dan abah sanggup menunggu berjam-jam lama semata-mata untuk menunggu gerhana bulan

Kerana abah juga, aku sanggup extand satu semester semata-mata untuk mendapatkan second class upper.abah dan emak lah sumber inspirasi aku.

tapi, sayangnya dia tiada lagi disisi aku dan emak.tapi, ingatan aku terhadapnya tidak pernah luput.Aku betul2x respect bila melihat ketabahan dia melawan sakit buah pinggang. Aku benar2x berasa bangga menjadi anak abah dan emakku.

No comments:

Post a Comment