Monday, July 27, 2009

Sepatutnyer, makin Tua makin Hormat, sekarang ni makin terbalik pulak; makin ................

Just to expressed my feeling tentang apa yang aku lihat di depan mata kepala aku.

Aku pelik lah, kenapa bila kita ni semakin bertambah usianya semakin menjadi kurang ajar
Langsung tidak mendengar arahan orang yang lebih tua dari kita atau pun ketua kita
Kenapa kiter mesti mencelah kata - katanya seolah2x menganjing cakap orang
Kenapa kiter mesti mengutuk orang selalu macamlah diri tu bagus
Yang paling penting, janganlah bawa virus jahat ni pada generasi muda

Nota kaki; Aku bukan lah seorang yang baik jugak, tetapi masih ada limit lagi. Bayangkan lah kalo si dia tu cakapnya seperti menengking kepada ketua.Bukan seperti tetapi memang realiti!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, July 22, 2009

SIAPA LAH KITER NIE

entry sedih kut. tapi lebih kepada meluahkan perasaan rasanya.

Sekarang nie, biler nak cari kejer ajer dalam kerajaaan mesti guna kabel.
Kalo setakat kabel tefon, takkan dipandang orang
Kalo kabel talian dasar laut, memang dipandang orang

Tuesday, July 21, 2009

PENAT


ARGHHHHHHHHHHHHHHHH. Penatnyer ari nie. Menguruskan jualan novel terpakai internet aku. Pas nie, nak menguruskan saki baki untuk belian sukaneka hari Esok.


Ya Allah, kau jauhkanlah hamba mu ini dari terus terleka

dan terlalai

Sunday, July 19, 2009

DARAH




Semalam, aku gi jenjalan sama mak, kak nor dan anak2nya. Kunun2xnya, nak gi tgok jualan murah biskut sempena minggu sihat 1000 langkah(lebih kurang gitulah, aku luper). On d way, nak jalan aku ternampaklah sekumpulan warga kesihatan hospital Pontian tengah buka booth untuk derma darah. Aku pun secara spontan pun turut sama menderma darah. Sebelum tu, aku risau gak sebabnya; sebelum ni walaupun dah tiga kali derma darah. masa nak mula2x cucuk, susah sikit oops banyak gak nak cari urat.kata nurse, urat aku kecil. Dulu, masa kat UTM, yang boleh cucuk aku cuma staff nurse yang dah nak pencen. 2x aku derma darah, dua kali jugak dia cucuk cari urat aku. Pembantu perubatan pun tak dapat.




Bagi aku, mudah2an darah aku nie dapat memberi manfaat kepada orang yang memerlukannya. Sapa tahu, satu hari nanti, aku jugak memerlukannya. Nak bersedekah guna duit, aku tak mampu. Jadfi, biarlah aku bersedekah dengan cara ini. Apapun, aku hepi sebab dapat menjadi penderma darah.

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI

PPSMI.Dihentikan sepenuhnya pada tahun 2012. Aku pelik bila melihat semua orang tak bersetuju dengan PPSMI ni.OOPS!!!bukan semua, tapi segelintir golongan. Takkah mereka sedar bahawa Bahasa Inggeris ni penting sesangat.Sekarang ni, semua rujukan kebanyakkannya dalam bahasa Inggeris. Tak payah citer pengalaman orang lain, pengalaman aku sendiri rasanya membuatkan aku rasa betapa ruginya anak2 kecik sekarang disempitkan peluang mereka untuk belajar bahasa Inggeris. Masa di Universiti, aku punya buku rujukan dalam bahasa Inggeris, bila soalan ujian Fluid Mechanic keluar dalam bahasa Melayu, terus tak paham langsung.terus aku dapat kosong.Samping tu jugak, kita perlu ingat, bila belajar di sekolah dan universiti, BUKAN SEMUA GURU DAN PENSYARAH akan menggunakan slang British yang mengikut kita punya slang. Kalo da pensyarah tu belajar kat obersea kat USA, mostly diaorang akan guna accent US style. Yang peningnya, adalah budak2x sengal macam aku nie.

Pengalaman bekerja jugak menunjukkan yang BI tu penting. Walaupun aku bekerja lama di kilang, tapi penggunaan English tu memang penting. Biler bekerja ngan orang Jepun, mereka bukan pandai cakap BM.Kita pulak kadang2x ada yang paham bahasa Jepun ada yang tidak. Jadi, bila nak berbincang, mestilah menggunakan bahasa Inggeris walaupun cakap macam anjing dan kuceng. Takkan pulak, nak cakap Bahasa Arab.

Sememangnya, aku sangat2x bersetuju ngan usaha Dr M dari dahulu. Biarpun, setiap program dia pada mulanya nampak kesan pening2x lalat. Tapi sebenarnya, Tun Dr M nak membantu anak Melayu especially di kampung supaya tak terus ketinggalan menguasai ilmu. Kalo dah memang anak orang kaya, memang dah jadi darah daging mereka bercakap bahasa omputeh. Kita yang dok di kampung ni,terkial2x nak cakap (ada yang tidak).


Kalo nak sambung master atau PHd dalam bidang engineering atau science secara penyelidikan, takkan kita nak buat dalam bahasa melayu. Macam mana nak pergi seminar atau pergi bertanding ke peringkat antarabangsa? Lagipun term nyer pun pening. Tak payah banyaklah, aku kalo di suruh tukar setting tepon nokia dalam bahasa melayu, terus jadi lembab.


WALAUAPAPUN REASON,AKU TETAP TAP SETUJU SAINS DAN MATEMATIK DIAJAR DALAM BAHASA.Secara peribadi, aku berpendapat bukan semua guru mengajar tak bagus.sebenarnya, murid / pelajar itu sendiri yang menentukannya. Lagipula, skrang ni banyak sangat junkfood dan siaran TV yang menghancurkan otak pelajar. Kalo boleh, aku tak mahu mereka jadi seperti aku yang bila nak bercakap dalam BI terkial2x.Setakat membaca tu .

jangan biarkan politikus-politikus ini membuat haru biru yang menghancurkan masa depan generasi muda


Tuesday, July 7, 2009

TAK MUNGKIN




Setiba di persimpangan,

Langkah kita tak lagi sehaluan

Bermula di saat itu

Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini

Tiada yang abadi

Yang patah tumbuh

Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku

Tiada ruang di hati buatmu

Namun harusku akui

Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada

Ada rindu yang datang tiba2

Tak mungkin kerana sayang

Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini

Tiada yang abadi

Yang patah tumbuh

Yang hilang berganti



Nota kaki; Entahler, tibe2x ajer suka lagu ni bila tonton Suria Kasandra.Padahal sebelum ni, aku x suka sangat dengar lagu.Aku lebih suka layan citer CSI, Levarage, numb3r. Layan jek lah.
Dan paling utama; penat gak nak cari klip video ni. baru pandai blajar

Monday, July 6, 2009

TELUR


HARI NIE,ayam Australia aku bertelur 2 biji. Malangnyer, dia bertelur di bawah keta Tiara mak aku.Jadi, tadi terpaksalah aku mengadjust keta keluar masuk untuk elak dari terpenyek telur ngan tayar. Kesian ayam aku tiada reban.dia dok kat hotel pokok langsat jer.

Nota kaki; Biler pikir, macam kerja bodoh jer buat perkara gitu. tapi, kadang2x funny gak sebab aku ni tiada pet.Bengongnyer aku nie.Da belajar tinggi2x pun, kesengalannya masih terserlah lagi