Wednesday, July 8, 2009

PPSMI

PPSMI.Dihentikan sepenuhnya pada tahun 2012. Aku pelik bila melihat semua orang tak bersetuju dengan PPSMI ni.OOPS!!!bukan semua, tapi segelintir golongan. Takkah mereka sedar bahawa Bahasa Inggeris ni penting sesangat.Sekarang ni, semua rujukan kebanyakkannya dalam bahasa Inggeris. Tak payah citer pengalaman orang lain, pengalaman aku sendiri rasanya membuatkan aku rasa betapa ruginya anak2 kecik sekarang disempitkan peluang mereka untuk belajar bahasa Inggeris. Masa di Universiti, aku punya buku rujukan dalam bahasa Inggeris, bila soalan ujian Fluid Mechanic keluar dalam bahasa Melayu, terus tak paham langsung.terus aku dapat kosong.Samping tu jugak, kita perlu ingat, bila belajar di sekolah dan universiti, BUKAN SEMUA GURU DAN PENSYARAH akan menggunakan slang British yang mengikut kita punya slang. Kalo da pensyarah tu belajar kat obersea kat USA, mostly diaorang akan guna accent US style. Yang peningnya, adalah budak2x sengal macam aku nie.

Pengalaman bekerja jugak menunjukkan yang BI tu penting. Walaupun aku bekerja lama di kilang, tapi penggunaan English tu memang penting. Biler bekerja ngan orang Jepun, mereka bukan pandai cakap BM.Kita pulak kadang2x ada yang paham bahasa Jepun ada yang tidak. Jadi, bila nak berbincang, mestilah menggunakan bahasa Inggeris walaupun cakap macam anjing dan kuceng. Takkan pulak, nak cakap Bahasa Arab.

Sememangnya, aku sangat2x bersetuju ngan usaha Dr M dari dahulu. Biarpun, setiap program dia pada mulanya nampak kesan pening2x lalat. Tapi sebenarnya, Tun Dr M nak membantu anak Melayu especially di kampung supaya tak terus ketinggalan menguasai ilmu. Kalo dah memang anak orang kaya, memang dah jadi darah daging mereka bercakap bahasa omputeh. Kita yang dok di kampung ni,terkial2x nak cakap (ada yang tidak).


Kalo nak sambung master atau PHd dalam bidang engineering atau science secara penyelidikan, takkan kita nak buat dalam bahasa melayu. Macam mana nak pergi seminar atau pergi bertanding ke peringkat antarabangsa? Lagipun term nyer pun pening. Tak payah banyaklah, aku kalo di suruh tukar setting tepon nokia dalam bahasa melayu, terus jadi lembab.


WALAUAPAPUN REASON,AKU TETAP TAP SETUJU SAINS DAN MATEMATIK DIAJAR DALAM BAHASA.Secara peribadi, aku berpendapat bukan semua guru mengajar tak bagus.sebenarnya, murid / pelajar itu sendiri yang menentukannya. Lagipula, skrang ni banyak sangat junkfood dan siaran TV yang menghancurkan otak pelajar. Kalo boleh, aku tak mahu mereka jadi seperti aku yang bila nak bercakap dalam BI terkial2x.Setakat membaca tu .

jangan biarkan politikus-politikus ini membuat haru biru yang menghancurkan masa depan generasi muda


No comments:

Post a Comment