Saturday, January 23, 2010

Hari ini Dalam Sejarah

Mummy aku di bawah pokok.

Mc Nor pun ikut sama. Nor, kalo ma mu tengok kat Tv mesti terperanjat. Cepatnyer ko tukar kerakyatan negeri from Kelantanese to Johorean. Hehe


Aku yang bersemangat hendak pergi. Aku dah cakap kat shikin , tahun ni kalo ada jamuan raya di istana untuk rakyat, kiter pergi yer. Okies katanya.

Shikin yang sekepala ngan aku yang mahu pergi memberi penghormatan terakhir. Kalo ikutkan, aku dan dia siap mahu tunggu sampai ke makam di raja. tapi, last2x minit kena kita semua ada hal.





Rasa-rasanya, hari ini dalam sejarah hidup aku. Pergi ke istana besar untuk memberi penghormatan terakhir atas kemangkatan Sultan Johor. Walaupun tak pernah lihat baginda secara live semasa hayatnya, tapi aku terasa sebagai rakyat johor apa salahnya pergi.



Maka bermulalah rombongan mak kiah dan cik - cik kiah iaitu mak aku, aku, mc nor dan cikgu shikin. Apapun thanks to shikin sebab sekepala ngan aku nak pergi tengok. Tapi, ayat mc nor pulak; patutlah korang ni tak kawen2x , perangai macam budak2x. haha.


Kiranya, kami antara yang beruntung sebab berpeluang masuk kerana selang 5 minit pastu orang biasa tak dapat masuk kerana masa untuk orang2x kenamaan. melihat stesyen2x tv yang banyak membuatkan aku teringat semasa hendak melontar jamrah pada hari kedua. aku terserempak pada pemberita yang sedang buat liputan. maka aku dan cik mustafa pun melambai tangan. kunun2xya alan masuk dalam TV negara mana tah.


Kat istana pulak, aku dengan selambernya berkata pada nor dan shikin, boleh lah kita enterframe kat stesen2x TV. tapi x der pulak yang sudi temuramah. jadi buat lintas sengaja masa orang interview jer. hehe. rasanya, astro awani kalo tak silap.


Mudahan roh almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dicucuri rahmat.

1 comment:

  1. Wah..g istana..aku x prnh jejak kaki ke sn...selalu lalu jek...hari tu pun ak keje gak..huhu..

    ReplyDelete