Tuesday, November 17, 2009

..........entah.............

Aku tak pandai dalam berkata - kata dan tidak pandai berkongsi
Sebabnya aku lebih suka memendam apa yang aku nampak, dengar dan lihat
Aku lebih suka memilih tidur dari memikir masalah
Aku lebih suka belajar
Aku suka mengira berbanding menghafal
Aku jarang dapat gred yang baik untuk biologi berbanding matematik
tapi, aku selalu dapat markah nyawa-nyawa ikan untuk fizik
Orang kata kalo terror fizik terror add math
tapi aku? hampas gas
Aku suka add math sebab abah aku hadiahkan buku teks add math dan cabar aku untuk subjek tersebut
Cikgu Jalil pun bawa imppak besar dalam matapelajaran nie
Dan aku suka berlumba-lumba ngan kawan aku, farah
Farah, kawan baik aku. TAPI, kami tak boleh duduk berdekatan. lebih sesuai bila berjauhan,panassssssssssssss..........
Aku tak suka melukis. Dari kecik sampai tua nie. tak pandai melukis dan mewarna. Lebih tepat buta seni
Tapi, aku terpaksa ambil LK kat U.
Bila waktu belajar aku rasa tension
Aku tak minat subjek strength material. Sebelum lecturer masuk, rancak berbual. Bila lecturer aku, Dr N bukak ajer pintu bilik kuliah, mata aku terus rasa mengantukk
Aku minat subjek separation . hari - hari aku semangat nak belajarr
Dan aku kongsi minat yang sama dengan abah aku, Organic chemistry subject
Aku juga buta nyanyi. tak minatt
Aku mudah stress
Hari - hari aku menangis bila balik dari lab untuk siapkan tesis
Aku akan beli makanan banyak-banyak
Aku suka buat kerja last minit sampai tak tidur pagi.....sampai hidung aku berdarah dan berasap semata-mata nak design heat exchanger untuk design projek
Aku suka duduk sorang-sorang masa belajar.Aku suka kunci pintu bilik bila belajar.
Dulu, aku suka lihat dan teropong bintang
Tapi, kini aku tiada teman untuk teropong bintang, tunggu gerhana bulan, kejutkan aku pukul 2 pagi untuk lihat komik Hyutake, teropong bintang yang keliling planet apetah (aku lupa), tukang citer isu-isu semasa

No comments:

Post a Comment