Friday, September 25, 2009

5 hari raya

5 hari raya? hari yang takkan aku lupe sampai mati, sampai ke tua. hari abah meninggalkan aku dan mak buat selama-lamanya pada 18 november 2004. 5 hari sebelum aku balik ke universiti. tarikh tersebuat buat aku dan mak terkapai2x seketika. bayangkanlah bila mana, hanya aku dan mak sahaja yang ada masa ayah aku menghembuskan nafas terakhirnya. fragmen2x tersebut tak pernah luput dari memori aku. sentiasa terulang tayang di kepala ni. bayangkanlah, kami dua beranak merawat kesedihan dengan cara masing2x. aku berada di universiti dan sentiasa berulang alik setiap minggu manakala mak pula kadang2x dok sorang2x kat umah. nasib baik ada sepupu2x aku yang menemani mak. raya tahun depannya, aku dan mak tak masak pun lauk raya. aku tidor pukul 8 malam. mak aku tidor pukul 8.30 malam.

Apapun, tarikh 18 november tu memang akan jadi kenangan yang abadi dan itulah juga bukti kekuasaan Allah S.W.T bila aku dan mak berangkat ke tanah suci pada tarikh tersebut. seolah2x kami bertiga berangkat ke sana. malah detik 3.15 petang tu pun sama lebih kurang abah menghembuskan nafas terakhirnya.

No comments:

Post a Comment