Monday, July 6, 2009

TELUR


HARI NIE,ayam Australia aku bertelur 2 biji. Malangnyer, dia bertelur di bawah keta Tiara mak aku.Jadi, tadi terpaksalah aku mengadjust keta keluar masuk untuk elak dari terpenyek telur ngan tayar. Kesian ayam aku tiada reban.dia dok kat hotel pokok langsat jer.

Nota kaki; Biler pikir, macam kerja bodoh jer buat perkara gitu. tapi, kadang2x funny gak sebab aku ni tiada pet.Bengongnyer aku nie.Da belajar tinggi2x pun, kesengalannya masih terserlah lagi

Sunday, July 5, 2009

HARI INI


Bangun pagi
Gosok gigi
Cuci muka
Terus mandi
Pakai baju
Minum kopi

Pergi kerja
Senang hati
Nota kaki:/ Yer ker hari ni nak gi kerja senang hati? Macam malas jek. tapi tak boleh. harap2x hari ni penuh dengan kecerian. Hari Isnin yang penuh tanda tanya

Friday, July 3, 2009

SAYA SUKA AWAK

kaLau awak tanya saya: awak cantik tak?
saya akan jwb: cantik...

kaLau awak tanya saya: awak baik tak?
saya akan jwb: sangat baik...

kaLau awak tanya saya: nk temankan sayakuar?
saya akan jwb: nak...

kaLau awak tanya saya: ape yg saya suka?
saya akan jwb: saya suka awak!

kaLau awak tanya saya: kenapa saya suka awak...
saya akan jwb: saya senang dgn apa sajengan awak.

kaLau awak tanya saya: apa bukti saya suka awak?
saya akan jwb: saya buat apa saje utk awak.

kaLau awak tanya saya: sanggup ke sayamenunggu awak...
saya akan jwb: seLamanye...

kaLau awak tanya saya: sudikah jikamenjaga saya?
saya akan jwb: sehingga ke nafas terakhir saya..

kaLau awak tanya saya: perkara paLingmanis dLm hidup saya?
saya akan jwb: awak...

kaLau awak tanya saya: perkara paLingburuk dLm hidup saya...
saya akan jwb: jika saya kehilangan awak!

ye ke?
saya tipu je... haha

Nota kaki; Cinta itu buta.Masa suka semua indah.Sampaikan kicap dengan cuka pun tak tahu kita bezakan. Apapun,pandai janji,pandai-pandailah kotakan

Thursday, July 2, 2009

RUMAH YANG AKU INGIN.....................


inilah rumah yang sentiasa aku terbayang-bayang untuk pergi lagi. kalaulah aku ni jutawan, aku berharap sangat dapat pergi sana berulang-ulang kali.Lagi terasa nikmatnya bila dapat berpuasa dan berhari raya di sana.Agaknya, macam mana rasanya yek. Tapi, yang pasti, Baitullah ni tak pernah sunyi dari manusia. Di sana lah, aku dapat lihat bermacam2x rupa manusia yang asalnya dilahirkan dari keturunan adam dan hawa yang kini mempunyai bermacam-macam rupa. bermacam-macam mazhab.Bila lain mazhab,lain gayanya.Apapun, disana setiap perbuatan terus dapat balasan especially kalo terlepas cakap.
Mina, tempat yang penuh cabaran (aku dengar dari kawan-kawan). Tapi, alhamdulillah, aku dapat menjalaninya dengan tenang,selamat. Walaupun kena berkongsi tandas, duduk di dalam khemah yang bersempit-sempit, tapi aku rasa tiada masalah besar.
Walauapapun, aku tetap nak pergi lagi. Bagaimanalah rupa mekah bila aku datang sekali lagi.Pastinya sudah berubah. Masih adakah lagi Sevilla Barakah Hotel (hotel tempat tinggal aku)dan kedai fren (mamat bangla ) yang banyak barang kami beli darinya.??? Cuma yang aku pasti, ketenangan melihat kaabah itu yang tidak berubah.

KANTOI

Hari ni aku terkantoi dengan GB. Patutnya, hari ni aku ada 3 matapelajaran kena mengajar. Dua sudah dibuat RPH. Tapi, bagi Pengurusan Diri, aku belum buat lagi. Aku ingat nak refer kat nota yang tertinggal kat skool. Dah tengok masa mula2x datang. tapi,disebabkan pagi2 dah memekak kat murid2x.Aku pun terlupa lah nak tulis. Dalam kul 9.00,GB datang minta buku persediaan. Naseb2x.

Moral value; Jangan diulangi lagi perbuatan itu walaupun 0.000000000000001 kali

PANTUN

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Nota kaki; sebagai peringatan untuk diri aku yang belum lagi berpuasa. sedar2lah .

Wednesday, July 1, 2009

GERAMnyer


-----------------SORRI ---------------------------
Hari ni saya geram sangat kat satu makhluk yang tak sedar diri.Suka sangat memalukan orang, tanpa sedar diri sendiri punya aib terkoyak rabak besar. Apa punya manusia, x sedar diri.patutlah dia selalu kena ?????

Nota kaki ; hari ni, saya x leh control diri bila lihat dia memalukan orang lain.