Friday, July 3, 2009

SAYA SUKA AWAK

kaLau awak tanya saya: awak cantik tak?
saya akan jwb: cantik...

kaLau awak tanya saya: awak baik tak?
saya akan jwb: sangat baik...

kaLau awak tanya saya: nk temankan sayakuar?
saya akan jwb: nak...

kaLau awak tanya saya: ape yg saya suka?
saya akan jwb: saya suka awak!

kaLau awak tanya saya: kenapa saya suka awak...
saya akan jwb: saya senang dgn apa sajengan awak.

kaLau awak tanya saya: apa bukti saya suka awak?
saya akan jwb: saya buat apa saje utk awak.

kaLau awak tanya saya: sanggup ke sayamenunggu awak...
saya akan jwb: seLamanye...

kaLau awak tanya saya: sudikah jikamenjaga saya?
saya akan jwb: sehingga ke nafas terakhir saya..

kaLau awak tanya saya: perkara paLingmanis dLm hidup saya?
saya akan jwb: awak...

kaLau awak tanya saya: perkara paLingburuk dLm hidup saya...
saya akan jwb: jika saya kehilangan awak!

ye ke?
saya tipu je... haha

Nota kaki; Cinta itu buta.Masa suka semua indah.Sampaikan kicap dengan cuka pun tak tahu kita bezakan. Apapun,pandai janji,pandai-pandailah kotakan

Thursday, July 2, 2009

RUMAH YANG AKU INGIN.....................


inilah rumah yang sentiasa aku terbayang-bayang untuk pergi lagi. kalaulah aku ni jutawan, aku berharap sangat dapat pergi sana berulang-ulang kali.Lagi terasa nikmatnya bila dapat berpuasa dan berhari raya di sana.Agaknya, macam mana rasanya yek. Tapi, yang pasti, Baitullah ni tak pernah sunyi dari manusia. Di sana lah, aku dapat lihat bermacam2x rupa manusia yang asalnya dilahirkan dari keturunan adam dan hawa yang kini mempunyai bermacam-macam rupa. bermacam-macam mazhab.Bila lain mazhab,lain gayanya.Apapun, disana setiap perbuatan terus dapat balasan especially kalo terlepas cakap.
Mina, tempat yang penuh cabaran (aku dengar dari kawan-kawan). Tapi, alhamdulillah, aku dapat menjalaninya dengan tenang,selamat. Walaupun kena berkongsi tandas, duduk di dalam khemah yang bersempit-sempit, tapi aku rasa tiada masalah besar.
Walauapapun, aku tetap nak pergi lagi. Bagaimanalah rupa mekah bila aku datang sekali lagi.Pastinya sudah berubah. Masih adakah lagi Sevilla Barakah Hotel (hotel tempat tinggal aku)dan kedai fren (mamat bangla ) yang banyak barang kami beli darinya.??? Cuma yang aku pasti, ketenangan melihat kaabah itu yang tidak berubah.

KANTOI

Hari ni aku terkantoi dengan GB. Patutnya, hari ni aku ada 3 matapelajaran kena mengajar. Dua sudah dibuat RPH. Tapi, bagi Pengurusan Diri, aku belum buat lagi. Aku ingat nak refer kat nota yang tertinggal kat skool. Dah tengok masa mula2x datang. tapi,disebabkan pagi2 dah memekak kat murid2x.Aku pun terlupa lah nak tulis. Dalam kul 9.00,GB datang minta buku persediaan. Naseb2x.

Moral value; Jangan diulangi lagi perbuatan itu walaupun 0.000000000000001 kali

PANTUN

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Nota kaki; sebagai peringatan untuk diri aku yang belum lagi berpuasa. sedar2lah .

Wednesday, July 1, 2009

GERAMnyer


-----------------SORRI ---------------------------
Hari ni saya geram sangat kat satu makhluk yang tak sedar diri.Suka sangat memalukan orang, tanpa sedar diri sendiri punya aib terkoyak rabak besar. Apa punya manusia, x sedar diri.patutlah dia selalu kena ?????

Nota kaki ; hari ni, saya x leh control diri bila lihat dia memalukan orang lain.

Tuesday, June 23, 2009

My Abah My Hero


Walaupun terlambat. tapi aku nak jugak ucap selamat hari bapa kat bapa2x yang ada di dunia ni.
Sayanglah bapa korang sepenuh hati
Nanti, bila sudah tiada di muka bumi pasti akan terasa sedih
Itulah yang aku alami
Walaupun sudah hampir 5 tahun arwah abah aku passed away
Arwah abah aku ni boleh dikatakan sebagai teman terbaik aku
Selalu bercerita dan membuatkan aku tahu banyak informasi
Paling aku kagum ialah semangat kentalnya untuk bangkit meneruskan kehidupannya selepas disahkan sakit buah pinggang
Saat - saat akhir dia hendak meninggalkan aku dan mak, dia masih lagi tersenyum dan menggembirakan hati kami dua beranak
Dan, aku rasa keajaiban Allah S.W.T bertambah bila aku dan emak berangkat ke tanah suci pada tarikh 18.11.2008 iaitu genap arwah abah aku 4 tahun .
sesungguhnya, itulah kekuasaan Allah S.W.T

ABAH, ANYA SAYANG SANGAT KAT ABAH DAN EMAK
I'M YOUR SUNSHINE
EMAK IS LIKE UR APPLE

Sunday, June 14, 2009

KENAPA

Kenapa mesti bersedih....
Kenapa mesti sayu..........
Kenapa mesti menyalahkan takdir.....
Kenapa mesti kenapaaaaaaaaaaaaaaa???????????????

Hidup ini penuh cabaran.Aku rasa macam dah nak tersungkur jek.tengah tunggu masa. tapi, masih boleh bertahan. tapi, cuma macam tak da sesuatu yang konkrit untuk dijadikan sandaran. I want a permanet job. Thats my first priority now!!

Tawaran master UTHM pun bikin aku pusing kepala. Aku nak amik fulltime, tapi masalahnya, persekitaran alam disekeliling aku memaksa aku menangis dalam diam.Nampaknya, aku terpaksa tangguh untuk kemasukkan sem 2.Serabut kepala otak aku nie...

I HATE THIS SITUATION